Posts

Showing posts from April, 2017

Buih Sabun: Antara Mitos dan Fakta

Image
Pernah tak kita terfikir.. apa yang menyebabkan sabun berbuih? Apa yang hype sangat pasal buih, sampai ada sesetengah orang anti sangat dengan buih?  Bagaimana sabun boleh berbuih? Ada beberapa agen yang boleh menyebabkan buih terhasil, dan yang biasanya digunakan dalam industri adalah SLS atau nama penuhnye Sodium Lauryl Sulphate , dan SLES ( Sodium Laureth Sulphate ) adalah agen yang sebenarnya menyebabkan buih pada sabun. Ha.. so sekarang dah tak misteri kan, macam mana sabun boleh berbuih? Hehe.  Mengapa buih penting? Buih penting untuk memastikan pembersihan dilakukan lebih efektif. Sebab itu, kalau kita perasan kebanyakan produk pembersihan mempunyai buih, seperti syampoo, sabun mandi, ubat gigi, sabun basuh, sabun basuh pinggan dan sebagainya.  Adakah buih menyebabkan kulit lebih kering? Tidak semestinya. Ia bergantung kepada jenis agen penghasil buih yang digunakan. Lazimnya, kebanyakan industri menggunakan SLS/SLES sebagai agen penghasil buih. Akan tet

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

Image
Perasan tak, kadang-kadang, bila kita cuba pakai skincare baru, tiba-tiba banyak jerawat keluar? Lagi-lagi masa 2-3 minggu pertama guna skincare tu. Kita pun dah risau & fikir mungkin skincare tu tak sesuai untuk kulit kita dan akan rasa nak berhenti serta-merta. Pernah kan? Tapiiiii, Adakah itu menandakan skincare tu tak sesuai dengan kulit kita? Ataupun sebenarnya, itu menandakan skincare tu sedang 'bekerja' untuk kulit kita? Sebenarnya, memang agak normal jika kita bertukar skincare , kulit akan menunjukkan sedikit reaksi. Ada yang berpendapat kulit baru nak sesuaikan dengan skincare baru dan ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ini adalah proses detoksifikasi kulit -- iaitu " Purging ". Apa itu Purging ? Purging dalam bahasa mudah adalah proses detoks kulit . Semasa proses Purging (proses detoks kulit) , toksin dalam kulit akan dikeluarkan dan pori-pori tersumbat akan dibersihkan. Jadi, akan banyak jerawat akan keluar, kadang-kadang lebih t

Subscribe to our mailing list

* indicates required