7 Sebab Punca Jerawat, Nombor 4 Mungkin Ramai Tidak Tahu!
Jerawat adalah salah satu musuh utama semua wanita. Tetapi sebelum kita benci jerawat, jom kenal pasti apa punca "Miss J" ni suka tumbuh di muka kita! 1. Hormon Seperti yang diketahui, perubahan hormon memainkan peranan yang besar terutamanya semasa menstruasi. Hormon androgen (hormon lelaki seperti testosteron) dihasilkan semasa proses menstruasi dan menyebabkan jerawat kebiasaanya di bahagian dagu, leher dan belakang badan. 2. Stress Ya! Stress boleh menyumbang kepada masalah jerawat. Ibu bekerjaya antara individu yang mempunyai tinggi kemungkinan untuk mengalami stress. Apabila anda stress, organ yang dikenali sebagai adrenal gland akan merembeskan hormon kortisol yang bertanggungjawab untuk mengawal stress. Malangnya, sedikit hormon testosteron juga akan dirembeskan bersama-sama hormon kortisol. Bagi wanita, hormon lelaki seperti testosteron ini boleh menyebabkan kantung minyak pada kulit merembeskan lebih banyak minyak -- punca kepada masalah jerawat!