Posts

Showing posts from March, 2018

[ FAKTA ] 4 Sebab Mengapa Cerahkan Kulit Tidak Bagus

Image
Pernah tak kita terfikir kenapa warna kulit manusia berbeza-beza?  Ada yang berkulit putih, berkulit sawo matang, berkulit kuning langsat, berkulit gelap dan sebagainya.  Kenapa manusia tidak dijadikan mempunyai 1 tone kulit sahaja?  Berbagai tona kulit manusia Organ terbesar pada tubuh manusia adalah kulit. Ianya berfungsi seperti selimut bagi tubuh kita  dan juga yang paling cepat tumbuh. Kulit menutupi 2 meter persegi tubuh manusia dewasa dan  menyimpan 20% air dalam badan. Ia penuh dengan lipid dan protein untuk memastikan kulit anda sihat dan lembap, dan kulit mempunyai fungsi perlindungan kesihatan yang penting seperti melindungi diri kita daripada jangkitan dan membantu mengurangkan suhu kita. Keratan rentas kulit manusia Kulit kita terbahagi kepada lapisan epidermis di bahagian atas dan dermis di bahagian bawah. Epidermis diperbuat dari lapisan sel-sel yang mempunyai peringkat kematangan yang berbeza dan sel-sel ini dikenali sebagai keratosit (keratocyte).

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Image
Bila sebut Mineral Oil, ramai antara kita yang tidak tahu apa itu Mineral Oil. Apatah lagi jika dibincangkan mengenai  kebaikan dan keburukan kesan daripada penggunaan Mineral Oil, masih r amai yang tidak tahu dan keliru. Apa itu Mineral Oil? Mineral Oil atau Minyak mineral  adalah produk sampingan dari pemprosesan petroleum semulajadi. Ia dihasilkan apabila petroleum disuling untuk menjadi petrol (ya, minyak yang anda masukkan ke dalam tangki kereta anda!) dan hasil sampingan dari proses penyulingan tersebut adalah Mineral Oil.  Mengapa Mineral Oil digunakan dalam produk kecantikan? Mineral Oil adalah bahan yang selalu digunakan dalam produk penjangaan diri dan kecantikan kerana ianya ringan, murah, mempunyai sifat emolien iaitu boleh menjadikan produk lebih lembut dan licin apabila disapu pada kulit. Ianya juga mempunyai kebolehan untuk memerangkap lembapan pada kulit dan menjadikan kulit kering dan sensitif rasa lebih lembab dan lembut. Jadi tidak hairanla

[ INFO ] Bahaya Merkuri dalam Produk Penjagaan Diri dan Kosmetik

Image
Bayangkan jika termometer merkuri pecah dalam makmal sains sekolah, pihak sekolah akan panggil bomba untuk bersihkan, bagaimana pula kita sengaja nak letak merkuri pada muka kita? Lambakan produk penjagaan diri dan kosmetik di pasaran adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana terdapat segelintir produk yang tidak selamat untuk digunakan kerana tidak menepati garis piawaian keselamatan kosmetik/ penjagaan diri yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.  Apa yang lebih membimbangkan, pengguna juga sering dikhabarkan dengan kesan drastik yang dijanjikan oleh produk-produk tersebut sehingga mengaburi mata pengguna mengenai kandungan bahan yang digunakan dan keselamatan produk tersebut. Apa itu Merkuri? Merkuri atau raksa ialah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik. Mengapa Merkuri digunak

Subscribe to our mailing list

* indicates required